HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

Wednesday, February 11, 2015

BERAPA EKOR KUCING?


Seorang guru yang sedang mengajar Matematik di sebuah kelas bertanya pada seorang murid perempuan bernama Farah dalam kelas berkenaan:

Guru : Kalau sekarang cikgu bagi kamu 2 ekor kucing, kemudian cikgu bagi 2 ekor lagi dan cikgu tambah 2 ekor lagi. Berapa ekor kucing kamu ada sekarang?

Farah : 7 ekor, cikgu.

Guru : Ok, cuba kamu dengar baik-baik ya. Kalau mula-mula cikgu bagi kamu 2 ekor kucing, kemudian cikgu tambah lagi 2 ekor dan cikgu bagi lagi 2. Berapa ekor jumlah kucing kamu ada sekarang?

Farah : 7 ekor.

Guru : Hmmm...ok beginilah, kita tengok contoh lain ya. Katakan cikgu ada beberapa biji buah epal, kemudian cikgu bagi kamu 2 biji epal, lepas tu cikgu bagi kamu lagi 2 biji dan cikgu tambah 2 biji lagi. Haa, berapa biji epal yang kamu ada?

Farah : 6 cikgu.

Guru : Bagus! Jadi sekarang kalau cikgu bagi kamu 2 ekor kucing, lepas tu cikgu tambah 2 ekor lagi dan kemudian 2 cikgu bagi 2 ekor lagi, berapa ekor kucing yang kamu ada?

Farah : 7 ekor cikgu.

Guru : Ya Allah! Farah, kenapa jadi 7 pulak? Dari mana datangnya 7 tu?

Farah : Sebab saya dah ada seekor kucing di rumah, cikgu.


-PMS Guffaw-

Monday, February 9, 2015

MALAM PERTAMA NENEK


2 warga emas yang dipanggil atuk dan nenek telah dikahwinkan dalam 1 majlis perkahwinan penuh meriah hasil usaha cucu-cucu mereka berdua. 

Maka pada malam pertama perkahwinan mereka, si nenek telah berangan-angan untuk membuat 'surprise' pada suami yang baru dikahwininya itu dengan penampilan paling seksi.

Maka nenek itu terus ke sahaja ke tandas dan menanggalkan kesemua pakaiannya. Dia kemudiannya keluar dari tandas dan dengan bangga terus sahaja meluru ke arah suaminya dengan penampilan seksi terlampaunya itu.

Melihatkan nenek di situ, atuk yang tercengang memandang ke atas ke bawah. Atuk terus saja berkata;

"La awak ni, kenapa pakai baju kedut-kedut sangat ni? Dah, dah...pergi iron dulu,"


-PMS Guffaw-

Wednesday, February 4, 2015

LAWAK NAMA JEPUN



Yang pemarah
KEIJI CACIMAKI
Yang suka berjimat
SAYORI SUKAMURA
Yang bisu
KIETA TADASORA
Yang suka makan nasi
NANACHI KASIBANYA
Yang suka layan blues
APO NADIKATO
Yang suka belajar
ASHIKO ULANGKAJI
Yang kerap bikin kacau
WAKASI HURUHARA
Yang sangat kedekut
MATIMATI TAMOKASI
Yang sangat suka tidur
ICHIBAN TIDOMATI
Yang suka mengintai
HINTAI AKOSUKA
Yang tua
TARAGIGI PADANMUKA
Yang ditinggalkan bini
SUSAHATI BINILARI
Yang suka merempit
SAJA CARIMATI
Yang suka bersumpah
SAIIFOO BAUKARI
Yang lembab
AYUMI SIPUTBABI


       

-PMS Guffaw-

DUYUNG & 3 PERMINTAAN


Pada suatu hari, tiga orang nelayan secara tidak sengaja telah menangkap seekor ikan duyung. Ikan duyung tersebut meronta minta ia dilepaskan. Dalam tangisan duyung itu, dia telah berjanji untuk menunaikan satu hajat bagi setiap seorang dari mereka jika dia dilepaskan.

Nelayan pertama pun berkata, "Ok, aku mahu kau menggandakan IQ aku," Dengan serta-merta, lelaki itu dapat menyebut setiap baris sajak panjang yang dipelajarinya ketika bersekolah dahulu.

Tibalah giliran nelayan kedua pula dan dia telah meminta duyung itu meningkatkan IQnya 3 kali ganda. Dengan tiba-tiba sahaja dia menyelesaikan masalah matematik yang rumit.

Apabila tiba giliran nelayan ketiga, dia yang sedari tadi mengagumi segala yang berlaku pada 2 rakannya terus sahaja meminta si duyung untuk menjadikan IQnya 5 kali ganda dari yang sebelumnya.

Duyung yang mendengar menjadi ragu-ragu dan bertanya, "Adakah kamu pasti bahawa ini yang kamu benar-benar mahu?"

"Sudah tentu!" jawab nelayan itu dengan penuh yakin. Ikan duyung  itu tersenyum dan dengan serta-merta, nelayan ketiga itu bertukar menjadi seorang wanita.


Moralnya; wanita selalunya lebih bijak dari lelaki.

*jangan marah wahai lelaki, ini hanya gurauan semata-mata...hehehe!



-PMS Guffaw-


Tuesday, February 3, 2015

RABUN


Seorang wanita separuh umur selalu mengalami sakit kepala dan kesukaran ketika membaca. 

Satu hari, kerana tidak tahan lagi dia terus sahaja keluar untuk pergi membuat pemeriksaan di klinik mata. Setibanya di situ, dia terus sahaja berkata;

"Doktor, doktor! Saya rasa saya perlu memakai cermin mata!"

"Oh, saya rasa pun makcik memang sangat memerlukan cermin mata sebab ini bukan klinik mata makcik tapi kedai gunting rambut,"


                             

-PMS Guffaw-


ISTERI DAN iPAD


Ketika sedang minum pagi di dapur seorang wanita tiba-tiba berhenti minum lalu berkata pada suaminya;

Isteri   : Abang, tolong ambilkan surat khabar tu.
Suami : Ah, awk ni...dunia dah maju sekarang, semua dah serba digital, awak masih nak baca surat khabar lagi. Nah ni, pakai iPad abang ni haa...moden la sikit!

Si suami tersenyum sambil menghulurkan iPad yang baru 3 hari dibelinya. 

Wanita tersebut pantas mencapainya lalu terus sahaja menggunakan iPad tersebut untuk memukul seekor lipas yang dari tadi dilihatnya sedang merayap di atas lantai. 

Si suami yang menyaksikan terkedu melihatnya dan terus sahaja pengsan!


                           

-PMS Guffaw-